Friday, February 6, 2009

SYABAS UMNO DAN BN PERAK !!

Syabas dan Tahniah kepada YAB Datuk Dr Zambry Abdul kadir yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-11 yang baru. Ianya pasti memberi makna baru kepada landskap politik negeri Perak. Suasana gembira berbaur hiba dikalangan penyokong BN ini sudah pasti memberi makna yang cukup besar kepada perjuangan selama ini. Tempoh 11 bulan dibawah pentadbiran Pembangkang sudah pasti meninggalkan kenangan pahit kepada BN. Seluruh rakyat tersiksa dengan pelbagai keputusan yang dibuat oleh Pembangkang selama ini. Bukan sahaja menyakitkan hati, malah kita tahu orang melayu telah dihina dengan secara tidak langsung dibumi sendiri.

UMNO sudah pasti menyambut berita ini dengan penuh semangat kejayaan. Sekian lama perjuangan untuk membela Agama dan Tanahair , akhirnya diberi keberkatan ilahi dengan berita gembira ini. Syukur kepada Tuhan yang Maha Esa.

DURHAKA DURJANA !!

Anwar Ibrahim telah berjaya menipu dan merosakkan imej Parti PAS dengan membawa Nizar kekancah politik durjananya. Kalau dulu orang melayu menganggap bahawa PAS parti yang mempunyai ciri akhlak dan adab sopan yang baik kerana imej agamanya, malah kini imejnya tercemar dengan tindakan Nizar yang terpedaya dengan tipu helah Anwar Ibrahim . Puak jahat DAP menepuk tangan atas sikap 2 melayu ini yang dah mula tak hormat Sultan mereka. Anwar Ibrahim bukan rakyat Perak , malah ramai pemimpin pembangkang yang hadir kerumah Nizar bukan dari Perak. Tapi mereka telah berjaya menghasut rakyat Perak untuk menderhaka kepada raja mereka.

Tetapi kalau dilihat daripada sejarah negeri Perak, yang menderhaka kepada Sultan mereka memang orang yang bukan dari Perak, namun akan ada yang bangkit daripada rakyat Perak untuk mempertahankan institusi kesultanan Melayu Perak. Harapan yang tinggi diletakkan kepada YAB Menteri Besar yang baru untuk memulihkan semula keyakinan hamba rakyat kepada Sultan mereka.

Anwar Ibrahim masa janji nak ambil alih negara 16 september lalu pun janji dengan 'crossover' puak BN kepada Pembangkang akan buat dia jadi PM yang baru. Bila puak dia yang 'crossover' kepada BN dia mula tuduh kita tidak demokratik, PAS kata kita pengkhianat dan macam-macam lagi. Sebenarnya Anwar Ibrahim lah pencetus kepada semua ini. Wakil rakyat pembangkang sudah mula tidak mempercayai perjuangan yang diperjuangkan oleh Anwar. Banyak tindakan dibuat hanya untuk menyelamatkan imej diri dia dan sengaja tidak berprinsip bila berdepan dengan DAP, yang penting semua tu menyokong dia. Dia tidak kisah kalau orang-orangnya merungut pasal dia, yang penting puak DAP dan India 'Hindraf" sanjung dan puja dia.

KUASA TUHAN YANG MAHA ESA!.

Sesunggunya Tuhan Maha berkuasa. Tidak redha dengan apa yang dibuat oleh pembangkang. Tuhan menduga BN dengan sedikit kekalahan dahulu untuk rakyat juga melihat tembelang sebenar puak pembangkang. Alhamdulillah imej ini sedikit demi sedikit telah berjaya diatasi dan dipulihkan.

Syabas Datuk Dr Zambry, semoga terus diberi kekuatan untuk terus memerintah kerajaan BN di negeri Perak. Kita yakin dengan semangat kentalnya , dia mampu mengatasi segala cabaran dan dugaan dari pihak Pembangkang.

Tahniah Yeoppp....