Monday, May 4, 2009

PROGRAM KAWASAN


Ketika hadir walimatulurus di rumah keluarga En Ishak Armi Bin Abd Jalil kakitangan Teras Dara Konsortium Bandar Tun Abd Razak pada 02hb Mei 09 di majlis pernikahan anak perempuannya.

Wednesday, March 11, 2009

SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW & PELANCARAN BULAN DAKWAH 1430 H/ 2009 M

KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tuanku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diiringi isteri Baginda, Tengku Puan Pahang, Tuanku Hajjah Azizah Sultan Iskandar Al-Haj, bersalaman dengan para hadirin.

Para hadirin mengaminkan Doa yang dibaca oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pahang.

Sebahagian remaja perempuan kaum Orang Asli yang merupakan saudara Baru Islam sedang mengaminkan Doa.




KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan YAB Menteri Besar Pahang bersama para pemenang Masjid Qoriah terbersih dan Pemenang Pertandingan Sepanduk di Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW dan Pelancaran Bulan Dakwah peringkat Negeri Pahang, di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di Kuantan.

Sunday, March 8, 2009

PELANCARAN BULAN DA'WAH & SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009/1430H


9 HB Mac 2009, Isnin bersamaan 12 Rabiulawal 1430 H merupakan Hari Sambutan Maulidurrasul SAW Peringkat Negeri Pahang . Uniknya sambutan kali ini akan di semarakkan lagi dengan Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Negeri Pahang 2009. Kedua-dua Majlis ini akan dirasmikan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almahum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Muadzam Shah. Tempat berlangsung ialah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Telok Sisek, Kuantan , bersebelahan Kediaman YAB Menteri Besar Pahang.


Program Bulan Da'wah ini kali terakhir pernah diadakan ialah pada tahun 1978. Hampir 30 tahun yang lalu. Pihak Kerajaan bercadang untuk menghidupkan semula program ini bagi menyemarakkan pelbagai program Da'wah Islamiah dalam usaha untuk memartabatkan lagi Agama Islam dan kegiatan Da'wah Islamiah di negeri ini. Tema bagi tahun ini ialah "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah". Program akan dipenuhi dengan pelbagai acara da'wah untuk muslimin dan muslimat. Bermula seawal pagi akan diadakan Perarakan daripada 55 kontinjen , bermula di padang berhampiran Rumah Negeri dan akan terus menghala ke Dewan Jubli. KDYTM Tengku Mahkota Pahang akan bersama-sama mencemar duli berarak dengan kesemua kontinjen terbabit. Dirgahayu Tuanku.

Majlis seterusnya akan dipenuhi dengan selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sehingga ke Dewan. Acara Dewan akan bermula sejurus KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan kesemua Kontinjen tiba .

YAB Menteri Besar Pahang akan menyampaikan ucapan dan diikuti Titah Diraja oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

Ceramah Agama akan disampaikan oleh YH Dato' Hassan Din Al-Hafiz . Sidang hadirin akan dihiburkan dengan Kumpulan Nasyid Raihan dan Amy Search. Pelbagai Anugerah peringkat Negeri Pahang akan disampaikan.

Sehubungan dengan itu , orang ramai , Muslimin dan Muslimat serta seluruh rakyat negeri Pahang dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis ini.

* Petikan Kuliyyah Dr. Said Ramadhan Al-Bouti ttg sambutan Maulidurrasul SAW:
* Multimedia Maklumat Berkaitan Sambutan Mawlid SAW :

Friday, March 6, 2009

BERSAMA RAKYAT..

Hadir Perasmian PIBG Sekolah Kebangsaan Keratong 7. Turut menyambut ialah En Suhaimi , Pengerusi PIBG (baju batik hijau), En Mansor, Pengurus Felda Keratong 7 (baju batik belang) dan En Razak, Ketua UMNO Cawangan Keratong 7 dibelakang dan para pelajar Sekolah memalu kompang..
Program Penyampaian Dana Kemiskinan DUN Bukit Ibam bagi penduduk Kampung Meripoh. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kota Bahagia sedang bersalaman..

Bersama Ahli JKK kampung Bukit Ibam bergotong royong membaiki rumah Ibu Tunggal . Hadir bersama En Wan dan Tok Empat Bukit Ibam , En Zamri Budin dan penduduk Kampung Bukit Ibam.


Bersama Tuan OCS Balai Polis Bandar Tun Razak di Kenduri Kahwin anak beliau di Kuartes polis Bandar Tun Razak..



Friday, February 6, 2009

SYABAS UMNO DAN BN PERAK !!

Syabas dan Tahniah kepada YAB Datuk Dr Zambry Abdul kadir yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-11 yang baru. Ianya pasti memberi makna baru kepada landskap politik negeri Perak. Suasana gembira berbaur hiba dikalangan penyokong BN ini sudah pasti memberi makna yang cukup besar kepada perjuangan selama ini. Tempoh 11 bulan dibawah pentadbiran Pembangkang sudah pasti meninggalkan kenangan pahit kepada BN. Seluruh rakyat tersiksa dengan pelbagai keputusan yang dibuat oleh Pembangkang selama ini. Bukan sahaja menyakitkan hati, malah kita tahu orang melayu telah dihina dengan secara tidak langsung dibumi sendiri.

UMNO sudah pasti menyambut berita ini dengan penuh semangat kejayaan. Sekian lama perjuangan untuk membela Agama dan Tanahair , akhirnya diberi keberkatan ilahi dengan berita gembira ini. Syukur kepada Tuhan yang Maha Esa.

DURHAKA DURJANA !!

Anwar Ibrahim telah berjaya menipu dan merosakkan imej Parti PAS dengan membawa Nizar kekancah politik durjananya. Kalau dulu orang melayu menganggap bahawa PAS parti yang mempunyai ciri akhlak dan adab sopan yang baik kerana imej agamanya, malah kini imejnya tercemar dengan tindakan Nizar yang terpedaya dengan tipu helah Anwar Ibrahim . Puak jahat DAP menepuk tangan atas sikap 2 melayu ini yang dah mula tak hormat Sultan mereka. Anwar Ibrahim bukan rakyat Perak , malah ramai pemimpin pembangkang yang hadir kerumah Nizar bukan dari Perak. Tapi mereka telah berjaya menghasut rakyat Perak untuk menderhaka kepada raja mereka.

Tetapi kalau dilihat daripada sejarah negeri Perak, yang menderhaka kepada Sultan mereka memang orang yang bukan dari Perak, namun akan ada yang bangkit daripada rakyat Perak untuk mempertahankan institusi kesultanan Melayu Perak. Harapan yang tinggi diletakkan kepada YAB Menteri Besar yang baru untuk memulihkan semula keyakinan hamba rakyat kepada Sultan mereka.

Anwar Ibrahim masa janji nak ambil alih negara 16 september lalu pun janji dengan 'crossover' puak BN kepada Pembangkang akan buat dia jadi PM yang baru. Bila puak dia yang 'crossover' kepada BN dia mula tuduh kita tidak demokratik, PAS kata kita pengkhianat dan macam-macam lagi. Sebenarnya Anwar Ibrahim lah pencetus kepada semua ini. Wakil rakyat pembangkang sudah mula tidak mempercayai perjuangan yang diperjuangkan oleh Anwar. Banyak tindakan dibuat hanya untuk menyelamatkan imej diri dia dan sengaja tidak berprinsip bila berdepan dengan DAP, yang penting semua tu menyokong dia. Dia tidak kisah kalau orang-orangnya merungut pasal dia, yang penting puak DAP dan India 'Hindraf" sanjung dan puja dia.

KUASA TUHAN YANG MAHA ESA!.

Sesunggunya Tuhan Maha berkuasa. Tidak redha dengan apa yang dibuat oleh pembangkang. Tuhan menduga BN dengan sedikit kekalahan dahulu untuk rakyat juga melihat tembelang sebenar puak pembangkang. Alhamdulillah imej ini sedikit demi sedikit telah berjaya diatasi dan dipulihkan.

Syabas Datuk Dr Zambry, semoga terus diberi kekuatan untuk terus memerintah kerajaan BN di negeri Perak. Kita yakin dengan semangat kentalnya , dia mampu mengatasi segala cabaran dan dugaan dari pihak Pembangkang.

Tahniah Yeoppp....

Monday, January 5, 2009

PALESTINE & AL-QUDS!



Yahudi memang satu bangsa yang Tuhan kekalkan sejarah dan orangnya sehingga kini untuk manusia sejagat melihat akan tingkahlaku mereka. Dalam sejarah , mereka memang terkenal sebagai bangsa yang sombong dan angkuh , selalu mempertikaikan ajaran Nabi mereka malah mereka juga sanggup membunuh para Nabi antaranya Nabi Zakaria as. Mereka juga mempertikaikan kerasulan Nabi Musa as dan Harun as, malah mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW.



Ada sebabnya untuk Tuhan mengekalkan mereka hidup sampai sekarang , bagi membenarkan apa yang dinyatakan didalam Al-Quran. Malah bagi penduduk Palestine, mereka boleh menyatakan bahawa membunuh Yahudi ini dapat satu pahala. Kalau ada yang keluar fatwa bunuh 1 yahudi dapa 100 pahala pun lagi bagus, biar dunia tahu betapa jijiknya bangsa Yahudi .



Kita pasti akan merenung insaf , malah menyentuh hati kita, kenapalah mereka dizalimi sedemikian, kanak-kanak dibunuh, orang awam dijadikan korban nafsu mereka. Kadangkala kita berdoa moga Tuhan cepat turunkan bala kepada Israel dan cepat beri kemenangan kepada tentera Islam Hamas. Ada kalanya kita bertanya dalam hati, kemanakah pertolongan dari Allah disaat Umat Islam sangat memerlukanNya, adakah Tuhan sudah lupa atau ingin memberikan Syahid kepada Penduduk Gaza semata-mata?



Dalam merenung perkara tersebut , kita terlupa, rupanya kita semua juga sedang diduga oleh Allah swt terhadap peristiwa yang berlaku. Bagi penduduk Gaza, mereka memang marah malah mereka rasa cukup dizalimi oleh Yahudi. Bagi mereka hanya berharapkan kepada Allah swt. Kepadanya sahaja yang tinggal untuk disandarkan segala doa dan harapan. Kalau mati sekalipun, Tuhan menjanjikan Syurga untuk mereka yang mati Syahid. Itulah seburuk-buruk kejadian yang dapat kita fikirkan. Tapi kita semua, yang melihat perkara tersebut dan adakah tidak mampu melakukan sesuatu untuk membela mereka.? Adakah akan terus berpeluk tubuh dan hanya bercakap dikedai-kedai kopi dan bersembang-sembang dengan rakan-rakan akan kesengsaraan yang dihadapi? Kita perlu kepada satu tindakan yang drastik untuk kita segera bertindak.



Saya bersetuju dengan tindakan untuk memboikot segala kepentingan ekonomi Yahudi didalam Negara. Baik bermula dengan barang-barangan ataupun apa sahaja yang difikirkan patut untuk diboikot. Ini jika dapat dibuat bukan sahaja di negara kita malah seluruh Dunia Islam perlu mengambil tindakan segera. Doa dan harapan sahaja tidak cukup. Bantuan kewangan perlu disalurkan segera kepada mereka yang masih hidup. Duit pada masa peperangan sebegini tidak dapat digunakan, tapi mereka perlu untuk membeli makanan dan bantuan-bantuan lain untuk penduduk Palestine. Ramai orang-orang tua dan kanak-kanak yang terlibat, mereka perlukan kepada bantuan segera. Kita perlu tunjukkan rasa kasih sayang sesama kita kepada merka.



Itu bab kemanusiaan. Bagaimana dengan Al-Quds ?



Saya rasa pendapat seorang Ulama' tentang semua umat Islam bertanggungjawab padanya dan Wajib membebaskannya ada kebenarannya. Sudah sampai masa untuk kita bertindak atau kita akan terus menanggung dosa ini?



Allahu Akbar ! Allahu Akbar! Allahu Akbar?



Fidaa Ka Ya Umar !...

Monday, December 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT ' MA'AL HIJRAH 1430 H'

Alhamdulillah akhirnya kita dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk sama-sama menyambut tahun baru Islam 1430 H. Kita bersyukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Beberapa detik sebelum masuk waktu Maghrib, 30 Zulhijjah 1429 H , kita disunatkan untuk membaca Doa Akhir Tahun , antaranya memohon keampunan daripada Allah swtr atas sega ketelanjuran dosa yang telah dilakukan namun masih diberi kekuatan untuk meneruskan hidup didunia ini. Selepas Solat Maghrib, 1 Muharram 1430 H, kita pula di sunatkan untuk membaca Doa Awal Tahun bagi menzahirkan betapa kerdilnya kita dihadapan Allah swt untuk terus diberi kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Kita juga berdoa semoga dijauhkan segala bahaya bencana dan malapetaka yang boleh menimpa kita sepanjang setahun yang akan datang.

Saya menghadiri program Majlis Kesyukuran dan Sambutan Tahun Baru Hijrah 1429/1430 H di Masjid Sultan Ahmad 1 (Masjid Negeri) bersama-sama dengan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Hj Adnan Bin Hj Yaakob dan rakyat jelata . Ramai yang hadir, penuh saf-saf dalam masjid, lelaki dan perempuan . Nampaknya masyarakat dan penduduk negeri Pahang amat prihatin, syukur kepada Allah swt. Majlis yang sama telah dilaksanakan diseluruh masjid dan surau dalam Negeri Pahang. Para jemaah juga menunaikan Solat Hajat sebagaimana yang dititahkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Pahang yang juga sebagai payung Agama Islam Negeri, memohon kehadrat Ilahi supaya Negeri Pahang dijauhkan daripada bala bencana dan malapetakan dan semoga seluruh rakyat berada didalam keadaan sejahtera hendaknya. Begitu prihatin KDYMM Tuanku Sultan Pahang. Semoga Allah swt terus merahmati hari-hari pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Pahang.

Umat Islam sekali lagi diminta untuk merenung nasib dan halatuju mereka masa hadapan sempena denga kehadiran bulan Muharram 1430 H kali ini. Jika diamati nasib umat Islam di peringkat global, menuntut untuk seluruh umat Islam memikirkan nasib saudara mara mereka yang berada nun jauh di seluruh dunia. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh mereka. Ditindas dan dibunuh malah banyak yang hidup dalam kesusahan dan serba kedhaifan. Agama Islam semakin menghadapi dugaan yang kuat. Hanya umat Islam sahaja yang dapat memastikan supaya Agama Islam ini terus gemilang .

Tema Ma'al Hijrah tahun ini, "Menjana Ummah Gemilang" seharusnya lebih menyedarkan umat Islam di Malaysia untuk sama-sama berjuang menjadikan Agama Islam sebagai agama yang menggalakkan umatnya untuk terus cemerlang pada setiap masa. Cemerlang yang dituntut ialah dalam segenap lapangan hidup dan bidang. Inilah sebahagian besar intipati di sebalik Hijrah yang pernah berlaku 1430 tahun yang lalu. Umat Islam perlu mengeluarkan diri mereka daripad kedhaifan hidup dan melawan serangan dan dugaan untuk terus menjadi umat yang gemilang dan dihormati oleh kawan dan lawan. Alhamdulillah Rasulullah saw telah meninggalkan kepada kita banyak petunjuk untuk terus kita perjuangkan pada masa ini dan akan datang. Semoga Sirah Rasulullah saw dan para sahabat Baginda- ra- akan terus menjadi panduan kepada kita semua . Inilah yang perlu kita hadhamkan dalam pemikiran kita sebaik-baiknya. Mengkaji dimana kelemahan kita semua dan terus memperbaiki dan berhijrah untuk terus mencapai kegemilangan. Dimana berlaku kesilapan haruslah diperbetulkan malah perlu dicari nilai tambah untuk memastikan Agama Islam terus berada dipuncak yang cukup tinggi dan mulia.

Sehubungan dengan itu, Umat Islam perlu menggalas cabaran ini untuk kesinambungan kecemerlangan lalu. Kita harus bekerja kuat untuk mencapai cita-cita tersebut.

Semoga tahun-tahun yang mendatang akan menjanjikan cahaya kegemilangan untuk kita semua meneruskan perjuangan hidup dan da'wah islamiah kita .

Dikesempatan ini saya juga ingin menyampaikan Sembah Takziah kepada seluruh kerabat Diraja Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar, dan rakyat negeri sembilan seluruhnya diatas kemangkatan Baginda pada hari sabtu 27 hb Disember 2008 bersamaan 29 Zulhijjah 1429 H. Sudah tentu sejarah dan kenangan manis dan segala kebaikan Almarhum akan terus terpahat dalam kenagan. Saya mewakili seluruh rakyat dalam DUN Bukit Ibam mendoakan semoga roh Almarhum diberkati oleh Allah swt dan ditempatkan bersama para solihin, Amin...Al- Fatihah..

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 H dengan penuh keinsafan dan iltizam baru.