Sunday, March 8, 2009

PELANCARAN BULAN DA'WAH & SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009/1430H


9 HB Mac 2009, Isnin bersamaan 12 Rabiulawal 1430 H merupakan Hari Sambutan Maulidurrasul SAW Peringkat Negeri Pahang . Uniknya sambutan kali ini akan di semarakkan lagi dengan Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Negeri Pahang 2009. Kedua-dua Majlis ini akan dirasmikan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almahum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Muadzam Shah. Tempat berlangsung ialah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Telok Sisek, Kuantan , bersebelahan Kediaman YAB Menteri Besar Pahang.


Program Bulan Da'wah ini kali terakhir pernah diadakan ialah pada tahun 1978. Hampir 30 tahun yang lalu. Pihak Kerajaan bercadang untuk menghidupkan semula program ini bagi menyemarakkan pelbagai program Da'wah Islamiah dalam usaha untuk memartabatkan lagi Agama Islam dan kegiatan Da'wah Islamiah di negeri ini. Tema bagi tahun ini ialah "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah". Program akan dipenuhi dengan pelbagai acara da'wah untuk muslimin dan muslimat. Bermula seawal pagi akan diadakan Perarakan daripada 55 kontinjen , bermula di padang berhampiran Rumah Negeri dan akan terus menghala ke Dewan Jubli. KDYTM Tengku Mahkota Pahang akan bersama-sama mencemar duli berarak dengan kesemua kontinjen terbabit. Dirgahayu Tuanku.

Majlis seterusnya akan dipenuhi dengan selawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sehingga ke Dewan. Acara Dewan akan bermula sejurus KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan kesemua Kontinjen tiba .

YAB Menteri Besar Pahang akan menyampaikan ucapan dan diikuti Titah Diraja oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang.

Ceramah Agama akan disampaikan oleh YH Dato' Hassan Din Al-Hafiz . Sidang hadirin akan dihiburkan dengan Kumpulan Nasyid Raihan dan Amy Search. Pelbagai Anugerah peringkat Negeri Pahang akan disampaikan.

Sehubungan dengan itu , orang ramai , Muslimin dan Muslimat serta seluruh rakyat negeri Pahang dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis ini.

* Petikan Kuliyyah Dr. Said Ramadhan Al-Bouti ttg sambutan Maulidurrasul SAW:
* Multimedia Maklumat Berkaitan Sambutan Mawlid SAW :

3 comments:

Apache said...

Dato' Jangan lupa undi Dato' Seri Khir undi Ketua Pemuda UmNO Malaysia nanti..terima kasih..

ADUN BUKIT IBAM said...

tq atas ingatan bro...selamat menyambut maulidurrasul saw..bykkan selawat weh...

kepang chenor said...

assalamualaikum Dato'. dengor boleh, ikut jangan kata Apache te. org dulu kata tepuk dada tanya selera, kitnya masa ni tak tau nak tepuk d mana. tepuk poket tanya hati - mati. pandai2 wok me la nak tepuk di mana. asal kalah calon kwn, koi kira wok me tak ngundi dia la. semoga kita semua beroleh syafaat drp Rasullulah di sana nanti.